Rabbit Counter

Wednesday, March 30, 2011

New Famlily Members

Ahli baru di Bella Rabbitry.Saya telah membeli 6 ekor rabbit baru.Semuanya jenis baka daging, ade flemish giant and chinchilla.Di sini saya akn sertakan pic my new rabbit at bella rabbitry.Saya harap rabbit-rabbit ini akan membesar dengan sihat dan menghasilkan baka yang baik di masa akn datang.

 

ketiga-tiga ekor rabbit ini berumur 1 bulan dan merupakan adik beradik


sangat comel baby rabbit ini.saya harap ketiga-tiga ekor dapat hidup dengan sihat sehingga besar.semoga tiada yang mati akibat cirit-birit


nama kangroo dan umur 2 bulan.sangat jinak dan comel.Ini baka flemish giant


nama Black dan berumur 6 bulan betina.dah cukup matang.




Ada seekor lagi yang belum diambil gambar.Nti saya akan upload lagi.Beginilah rupa-rupa rabbit yang baru saya beli.Harap dapat membiak dengan sihat.Rabbit-rabbit ini semua untk baka pendaging so kalo nak sembelih makan amatlah sesuai.Sekian saja yg dapat saya kongsikan kali ini.Wasalam.

Thursday, February 17, 2011

New Baby Born 17/2/2011

Sudah hampir sebulan saya tidak update blog saya.Ini kerana saya terlalu sibuk dengan pengajian saya di universiti.ok sekarang kita sambung cerita pasal rabbit.Pada hari ini saya dikejutkan dengan berita kelahiran baby rabbit yang baru.Rabbit saya yg benama Snow baka new zealand white telah selamat melahirkan anak sebanyak 8 ekor.Satu bilangan yang agak besar.Ini merupakan rabbit pertama peliharaan saya yang melahirkan anak.Saya berasa sangat gembira dan teruja kerana dapat melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar seekor rabbit melahirkan anak.Alhamdulillah,keadaan rabbit-rabbit saya semakin sehat dan cergas.Disini saya sertakan gambar terkini keadaan rabbit-rabbit di Bella Rabbitry.




My love rabbit at Bella Rabbitry



Snow with new baby