Rabbit Counter

Wednesday, March 30, 2011

New Famlily Members

Ahli baru di Bella Rabbitry.Saya telah membeli 6 ekor rabbit baru.Semuanya jenis baka daging, ade flemish giant and chinchilla.Di sini saya akn sertakan pic my new rabbit at bella rabbitry.Saya harap rabbit-rabbit ini akan membesar dengan sihat dan menghasilkan baka yang baik di masa akn datang.

 

ketiga-tiga ekor rabbit ini berumur 1 bulan dan merupakan adik beradik


sangat comel baby rabbit ini.saya harap ketiga-tiga ekor dapat hidup dengan sihat sehingga besar.semoga tiada yang mati akibat cirit-birit


nama kangroo dan umur 2 bulan.sangat jinak dan comel.Ini baka flemish giant


nama Black dan berumur 6 bulan betina.dah cukup matang.




Ada seekor lagi yang belum diambil gambar.Nti saya akan upload lagi.Beginilah rupa-rupa rabbit yang baru saya beli.Harap dapat membiak dengan sihat.Rabbit-rabbit ini semua untk baka pendaging so kalo nak sembelih makan amatlah sesuai.Sekian saja yg dapat saya kongsikan kali ini.Wasalam.

Thursday, February 17, 2011

New Baby Born 17/2/2011

Sudah hampir sebulan saya tidak update blog saya.Ini kerana saya terlalu sibuk dengan pengajian saya di universiti.ok sekarang kita sambung cerita pasal rabbit.Pada hari ini saya dikejutkan dengan berita kelahiran baby rabbit yang baru.Rabbit saya yg benama Snow baka new zealand white telah selamat melahirkan anak sebanyak 8 ekor.Satu bilangan yang agak besar.Ini merupakan rabbit pertama peliharaan saya yang melahirkan anak.Saya berasa sangat gembira dan teruja kerana dapat melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar seekor rabbit melahirkan anak.Alhamdulillah,keadaan rabbit-rabbit saya semakin sehat dan cergas.Disini saya sertakan gambar terkini keadaan rabbit-rabbit di Bella Rabbitry.




My love rabbit at Bella Rabbitry



Snow with new baby

Tuesday, December 28, 2010

Family members at Bella Rabbit Hutch

Akhirnya selesai sudah kerja-kerja menyiapkan Bella Rabbit Hutch yang saya impikan selama ini.Alhamdulillah,semuanya bejalan seperti yang saya rancangkan.Bermula dengan mendapatkan baka rabbit yang saya inginkan,membeli peralatan untuk rabbit seperti cage,bekas makanan & minuman,shavings dan pellet,kerja-kerja pemasangan rak sehinggalah kerja penyusunan sangkar rabbit.Di sini saya sertakan gambar-gambar terbaru rabbit di Bella Rabbit Hutch.



Beginilah keadaan rabbit di Bella Rabbit Hutch.Susunan cage di atas rak betujuan untuk menjimatkan ruang dan menampakan lebih kemas.Maklumla saya tinggal di Apartment,so tepaksa la guna kaedah yang sesuai.Susunan cage dibuat mengikut jenis baka rabbit itu.


Koleksi-koleksi rabbit terkini di Bella Rabbit Hutch



 Ini rabbit jantan baka holland lop yang berusia 4 bulan.Nama ialah "Mr.Buck".


Ini rabbit betina baka holland lop yang berusia 4 bulan.Nama ialah"Miss Winnie" dan merupakan rabbit kesayangan saya.



Ini rabbit jantan baka Mini Rex yang berusia 3 bulan.Diberi nama "Mr.Rex".



Ini rabbit betina baka Mini Rex yang berusia 3 bulan datang sepasang dengan Mr.Rex.Diberi nama "Miss Rexa"



Ini rabbit jantan baka Giant New Zealand White berusia 3 bulan.Diberi nama "Mr.White".


Ini rabbit betina baka Giant New Zealand White yang berusia 3 bulan datang sepasang dengan Mr.White.Diberi nama "Miss Snow".So jadilah snow white.hehe


Ini rabbit jantan baka Dwarf Hotot yang berusia 4 bulan.Diberi nama "Mr.Otto".Ini satu-satunya rabbit saya yang belum punya pasangan.Sedang berusaha mencari pasangan yang sesuai untk Mr.Otto.


Ini adalah timetable pemberian makanan dan penukaran shavings untuk rabbit-rabbit di Bella Rabbit Hutch.

Ini sajalah yang dapat saya kongsikan mengenai rabbit di Bella Rabbit Hutch yang sedang saya usahakan.Saya akan update cerita yang tebaru mengenai rabbit saya di lain waktu.Sekian,terima kasih.

Tuesday, December 14, 2010

Bye-bye MY Baby Anggora

Nampaknya percubaan pertama saya memelihara baby rabbit kurang berjaya.Baby rabbit baka Anggora yang saya beli telah pergi buat selamanya pada 12/12/2010.Amat sedih sekali.Punca kematiannya adalah disebabkan cirit-birit yang teruk.Saya tidak pasti bagaimana baby rabbit ini boleh terkena cirit-birit.Nak kata x bagi makan dah bagi makan cukup.Mengikut kajian yang telah saya buat baby rabbit ini mungkin mati akibat terlebih makan "ALFALFA".Ini merupakan pengalaman pertama saya.So selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam pemberian makanan kepada rabbit-rabbit saya.

In memory

Monday, December 13, 2010

My New Rabbit & Hobby

Ini merupakan post pertama saya untuk blog ini.Tujuan membuat blog ini adalah untuk berkongsi maklumat dengan pengemar-pengemar arnab di luar sana tentang cara penjagaan arnab.Ini juga merupakan pengalaman pertama saya dalam memelihara arnab sebagai haiwan peliharaan.Saya berharap para pengemar arnab yang mempunyai pengalaman mengenai arnab dapat memberi tunjuk ajar kepada saya dalam memelihara arnab.Disini saya ingin mempamerkan koleksi pertama saya dalam bidang pemeliharaan arnab.



   Ini arnab betina baka Holland Lop pertama saya beli.Usia 4 bulan lebih.Arnab ini diberi nama "Miss Winnie"


Ini arnab betina baka Teddy Bear.Usia 4 bulan lebih.Belum ada nama lagi.



Ini arnab jantan baka Lion Head.Usia baru 1 bulan.



Ini arnab baka Angora Mix.Usia baru 1 bulan

Ini sahaja koleksi arnab-arnab yang saya pelihara buat masa ini.Koleksi seterusnya akan diupdate lagi.Sekian.